Ahad, Februari 7

Jeneral

Adakah barisan PAS,DAP dan PKR akan mengulangi kejayaan sama seperti pilihanraya lepas? Semua kejayaan ini berpunca dari kepimpinan Anwar Ibrahim yang bukan sahaja Berjaya menarik pengundi malah mengukuhkan kerjasama parti komponen dalam Pakatan Rakyat.



Fitnah kani ini sama seperti yang berlaku pada tahun 1998, di mana Anwar tetap meringkuk dalam penjara. Jika sabit kesalahan, Anwar akan hadapi penjara 20 tahun dan sebatan. Kini Anwar berumur 63 tahun. Jika dijatuhi hukuman, Anwar akan bebas ketika beliau berumur 83 tahun! Satu ancaman bagi Anwar Ibrahim sendiri yang bercita-cita menjadi Perdana Menteri!

Jika Anwar gagal dan meringkuk dalam penjara, tidak bererti legasinya terpadam begitu sahaja. Rakyat terutama golongan muda ramai yang dipengaruhi idealisme Anwar sehingga beliau menjadi idola. Pengaruh Anwar lebih hebat dari Tun Mahathir. Tun Mahathir mungkin hebat sebagai negarawan yang Berjaya memajukan Malaysia, tetapi beliau seorang pemimpin yang sering bertindak seperti diktator. Malah ada ‘anak murid’ Tun yang melabelkan Tun sebagai Father of racist!

Tetapi Anwar, pengaruhnya pada semua kaum. Walaupun ada anak Melayu yang anti-Anwar, tetapi Anwar masih menjadi idola kebanyakan rakyat berbilang kaum. Itu yang hebat mengenai Anwar. Seorang orator yang telah membuatkan Shabery berbuih mulut ketika berdebat dengan beliau.

Pakatan Rakyat (PR) perlu mengekalkan formula Anwar dalam sebarang kejayaan PR. Jika beliau meringkuk dalam penjara, ia tak beerti paluan gendang perang terhenti begitu sahaja. Selepas Nabi Muhammad s.a.w wafat, walaupun umat Islam berpecah, Islam tetap menjadi kuasa besar yang Berjaya menumbangkan Rom Byzantine dan Parsi Kafir.

Pemimpin itu tidak semestinya perlu berada di saf utama. Apa yang penting adalah amanat dan cita-cita pemimpin wajar diteruskan biarpun semua pemimpin PR meringkuk dalam penjara. Selagi ada rakyat yang bernyawa, selagi itulah paluan gendang perang kedengaran.



Formula penyatuan parti komponen PR sbenarnya satu ramuan yang jauh lebih sedap dari Barisan Nasional. BN wujud akibat tekanan dominasi UMNO dan pengampu dalam parti komponen. Semua parti komponen BN seolah-olah tiada halatuju.

UMNO kononnya memperjuangkan hak Melayu, tetapi secara senyap, UMNO pernah menjadi agen British berbanding pesaingnya Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Penubuhan UMNO itu sendiri hanya untuk menentang Malayan Union. MCA dan MIC pula berasal dari pertubuhan kebajikan yang kemudiannya menyertai politik melalui Parti Perikatan. Parti komponen BN yang lain pula tidak Nampak bentuk perjuangan untuk rakyat mahupun ideology kenegaraan.

PR berbeza. PAS yang lahir selepas pengharaman PKMM oleh British muncul sebagai parti yang memperjuangkan Islam sebagai keutamaan serta kepimpinan ulama. DAP pula sebuah parti sosialis yang memperjuangkan hak sama rata kaum di Malaysia. Walaupun perjuangan mereka sama seperti PAP Singapura, akan tetapi kepimpinan DAP komited dalam perjuangan parti. Mereka langsung tidak mehu berkompromi dengan pemerintah. Malahan sering bercanggah pendapat dengan PAS. Namun, konflik berpanjangan telah membuatkan kedua parti sering bekerjasama dalam banyak perkara. DAP dan PAS banyak bertolak ansur dalam banyak perkara.

PKR, parti yang ditubuhkan selepas Fitnah 1998, juga hasil gabungan Parti Rakyat Malaysia telah menjadi tunjang utama PR. PKR menjadi sebuah parti untuk haluan nasionalis Malaysia dalam menentang pemerintah. Walaupun ada ahlinya yang terdiri dari saki baki UMNO, PKR tetap terus unggul dan popular dalam kalangan anak-anak muda. PKR seolah-olah menjadi satu parti nasionalis yang multi-kaum dengan penglibatan banyak kaum di Malaysia. Jika ada anak Melayu yang merasakan ‘berat’ untuk jadi ahli PAS, UMNO pula korup, maka mereka akan memilih PKR sebagai platform perjuangan. Walau bangaimanapun, PKR wajar mengemaskini ideologi parti agar tiada pengkhianat yang menyelinap dalam PKR untuk menghancurkannya.

Anwar bagai jeneral yang sedang mengatur stategi. Cuma kini, Anwar sedang berperang dengan fitnah yang tenteranya tidak mampu melawan. Cuma sokongan dan doa tentera menjadi kekuatan jeneralnya.

Sabtu, Februari 6

Sembelit

Nama budak ni Saiful. Muka jambu, agak tinggi la. Tapi tengok muka dia, Nampak bangangkan? Memang pun. Dia ni macam penulis cerita Hindustan yang sedia maklum penuh dengan ketidak logikannya

Hari ini dia tipu semua orang

Dia kata, “Anwar pemimpin berkarisma….sebab itu nak kerja dengan Anwar.”
“….lepas diliwat, saya tahan berak selama dua hari..”

Gilalah! Boleh dia tahan berak dua hari? Agak-agaklah Saiful bodoh. Kalau tahan dua hari, doktor pun tak sanggup periksa juboq hang.

Doktor di HKL pun mengambil sambil dalam juboq saiful. Alangkah terkejutnya mereka, dalam juboq Saiful ada air mani Anwar.

Agak-agaknya, si Saiful ni tahan berak sebab nak bagi doktor ambil sampel air mani. Kalau dia berak, air mani tu mungkin dah habis dikeluarkan.

Tak senonoh…

Kenapalah bangang sangat Anwar tu? Kenapa dia tak pakai kondom? Rasa-rasa logik tak cerita Saiful ni?

Jawapannya mestilah tak logik.

Semoga Anwar Ibrahim dan keluarga tabah menghadapi fitnah ke dua ini.

Khamis, Februari 4

Skrip Drama Bodoh! Oleh Saiful Saifuck

Punyalah aku sibuk dengan urusan harian dan kerja, sampai nak terbitkan artikel baru pun tak sempat. Tapi bila baca satu dialog ni, hahahahahaa……………
Kelakar nak mampos!

Pada 26 Jun, katanya, dia diarahkan bertemu dengan Anwar di kondominium Desa Damansara pada jam 2.30 petang, untuk berbincang
tentang tugasnya.

Mohd Saiful berkata dia telah menyerahkan beberapa dokumen kepada Anwar dan Anwar berkata: "Can I fuck you today?"

Walaupun dia 'takut dan tidak mahu", Mohd Saiful berkata, dia mengikut juga arahan Anwar dan membersihkan diri dalam bilik air serta keluar dengan memakai tuala dan masuk ke dalam bilik tidur.

"Saya nampak Anwar memakai tuala. Dia mendekati saya dan memeluk saya," katanya.
Ini dialog semasa perbicaraan di Mahkamah.

Mohd Saiful: Lepas serah dokumen, kami bincang tentang jadual kerja, tidak lama lepas itu beliau tanya satu soalan.

Mohd Yusof: Apa soalan itu?

Mohd Saiful: Can I fuck you today?

Mohd Yusof: Apa reaksi kamu ketika diajukan soalan itu?

Mohd Saiful: Marah dan takut.

Mohd Yusof: Ada kamu kata apa-apa?

Mohd Saiful: Tolak pelawaannya.

Mohd Yusof: Apa kamu kata bila menolak?

Mohd Saiful: Saya kata saya tidak mahu melakukannya.

Mohd Yusof: Anwar kata apa-apa bila kamu kata tidak hendak melakukannya?

Mohd Saiful: Dengan nada marah, Anwar kata "what" (apa)?

Mohd Yusof: Apa respon kamu?

Mohd Saiful: Saya ulang yang sama.

Mohd Yusof: Seterusnya?

Mohd Saiful: Anwar agak marah, dengan itu saya takut. Anwar arahkan ke bilik tidur utama.

Mohd Saiful berkata beliau kemudian mengikut arahan Anwar dan Anwar selepas itu menutup langsir dan lampu bilik.

Beliau berkata Anwar seterusnya meminta beliau untuk membersihkan dirinya di bilik air.

Mohd Yusof: Masa itu dah buka pakaian?

Mohd Saiful: Ya.

Mohd Yusof: Lepas bilas diri?

Mohd Saiful: Saya ambil tuala dalam tandas, saya keluar dengan bawa baju kemeja saya warna putih dan gantung di tempat pemegang almari.

Mohd Yusof: Kamu bertuala?

Mohd Saiful: Saya bertuala.

Mohd Yusof: Masa keluar dari bilik air, nampak di mana Anwar?

Mohd Saiful: Saya nampak, Anwar di hujung penjuru katil, di bahagian kaki sebelah kanan.

Mohd Yusof: Apa Anwar buat pada masa itu?

Mohd Saiful: Dia berdiri pakai tuala putih dan mengarahkan saya untuk pergi dekat dia, lalu dia peluk saya sambil berdiri.

Ketika itu, peguam Karpal Singh yang mewakili Anwar membuat permohonan agar prosiding seterusnya dijalankan secara tertutup.

Bayangkanlah bodoh tak si Saiful Saifuck ni. Kalau tak nak, tendang sajalah Anwar tua tu. Boleh ke kalau dia tak nak tapi siap bersihkan diri? Ini satu pembohongan jahat yang mahu jatuhkan Anwar.

Kepada keluarga Anwar Ibrahim, semoga tabah hadapi pertuduhan bodoh yang jahat kali ini. Memang aiblah bila kita dengar soalan yang diajukan peguam cara pada Saiful Saifuck ni.



Si Sialful ni pernah ke pejabat TPM. macam biasa, mengadu kena liwat kat Najib

Sabtu, Januari 30

Dulu Ketua Pemuda, tak lama lagi bawak teksi

Siapa babi Negara??!!!!!! Laungan babi ini dulu pernah kedengaran dalam parlimen Malaysia. Sekarang ini senyap saja.

Siapa tak kenal dengan Khairy Jamaluddin (KJ), ahli parlimen Rembau yang lantang bersuara tanpa memikirkan pihak lain. Dia pernah dikaitkan dengan pembelian saham ECM Libra, pernah menunjuk lagak samseng dalam pilihanraya kecil dan macam-macam lagi. Terbaru, dia didesak untuk melepaskan jawatan dalam Pergerakan Pemuda UMNO.
Aku terbaca laporan di harakahdaily.net. baca di sini

Aku memang dah agak hal ini akan berlaku. KJ pun naik sebab bapak mentua dia si Pak Lah tu jadi PM. Sekarang ni Najib jadi PM, KJ pun dah hilang taring. Dulu mulut dia sangatlah celupar menghina dan mengaibkan Anwar Ibrahim dengan perkataan lucah dalam satu ceramah. Muka pun berlagak. Maklumlah, masa itu dia ada cita-cita nak jadi PM sebelum umur 40 tahun. Tapi sasaran dia tersasar sebab bapak mentua dia nak tido puas-puas dari jadi PM (hahahaha).

KJ dalam kenangan


Masa menang Ketua Pemuda.

Kenangan seorang Mat rempit



Dulu masa berkempen, inilah budak yang orang dok kata menantu PM

Sekarang, dia nak jadi pelakon. Tapi lagi baik jadi pemandu teksi hahahahahahaha.

http://www.youtube.com/watch?v=ghJVkN2Plm0

Sekarang ada ahli pemuda UMNO nak jatuhkan KJ. Tak tau la betul ke tak? Tapi biasalah UMNO. PM lama dah jatuh, orang PM barulah naik. Agaknya memang lepas ini KJ jadi pemandu teksi. Bolehlah dia jumpa Nazri Aziz hahahaha.

Jumaat, Januari 22

Kisah Tanggang dan ‘Hati Budi’ Wartawan Utusan.

Utusan Malaysia sememangnya akhbar pro-Barisan Nasional yang sering memaparkan berita keji mengenai Pakatan Rakyat. Setiap laporannya memenuhi penipuan dan pembohongan dengan memutar belitkan fakta asalkan imej BN/Umno bersih. Yang jahat itu pada mereka hanyalah kumpulan yang menentang BN/Umno.

Yang jahat itu hanyalah Utusan, tetapi tidaklah pada pekerja-pekerjanya yang hanya makan gaji untuk menyara kehidupan terutama Wartawan utusan. Mereka menulis atas arahan MANGKUK HAYUN PEMBODEK UTAMA BN/UMNO (MPUBU). Jika arahan mahukan mereka aibkan Anwar Ibrahim atas tuduhan liwat, mereka akan tulis kerana desakan kerja. Yang penting anak bini mereka dapat sesuap nasi.

Jika anda baca Utusan 22 januari 2010, seorang ibu tua yang berusia 52 tahun pasrah apabila dihalau oleh anak perempuannya. Tumi Wongsoruju yang datang dari Sarawak telah dihalau setelah anaknya tidak mengaku dia ibu kandungnya.

Baca petikan dari Utusan ini:

“Simpati dengan nasib Tumi, wartawan Utusan Malaysia dan Kosmo! bersama jurugambar sepakat berkongsi mengeluarkan wang untuk membeli tiket penerbangan dan duit belanja bagi membolehkan dia pulang ke kampung halamannya hari ini.”

‘Baiknya hati’ wartawan Utusan.

Alangkah bagusnya jikalau mereka menulis artikel yang bebas dari pelukan politik. Sekurang-kurangnya beritahulah pada Malaysia bahawa Adun PR Perak tidak boikot pembentangan Bajet Negeri, tetapi Adun PR Perak dihalang memasuki bangunan Dewan Undangan Negeri. Ataupun tulislah Umno itu korup.

Alangkah baiknya begitu….

Khamis, Januari 21

Penyibuk Utama Negara



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor disambut oleh Perdana Menteri India, Dr. Manmohan Singh (kanan) dan isteri, Gursharan Kaur (kiri) ketika tiba di Rashtrapati Bhavan (Istana Presiden) di New Delhi,

Yang baju merah tu buat gambar ni hodoh!

Rabu, Januari 20

Hulu Selangor Pula?

Anwar Ibrahim di Bukit Sentosa. Satu tamparan buat Najib yang pura-pura lawat Bukit sentosa untuk baiki bumbung. Itulah yang bodoh dengan Perdana Menteri dari DULU, KINI dan SELAMA-LAMANYA.

Walaupun aku terlepas ceramah Anwar di sana, aku tahu Parlimen Hulu Selangor sekarang ‘goyang’, maka Najib dan sakai-sakai BN mahu ‘goncang’ Hulu Selangor. Aku rasa Hulu Selangor lagi aman dari BN sebab majoriti sudah tolak BN. Tiada apa yang menarik dengan Hulu Selangor. Cuma kawasan hulu yang sememangnya tiada yang menarik. Projek terbengkalai pun banyak.

Projek terbengkalai banyak di Bukit Sentosa dan paling tegar di Bukit Beruntung. Di kawasan Serendah, BN pernah laksana projek Taman Orkid Antarabangsa Serendah. Apa yang ada hari ini? Bukit habis dibotakkan, taman orkid itu hanya tinggal nama sahaja. Mereka buat projek itu berjuta-juta. Tapi apa yang tinggal?

Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat dan SPRM wajar siasat mengenai Projek Taman Orkid Antarabangsa Serendah ini. Sudah bertahun0tahun ia masih belum menerima kunjungan rakyat mahupun orang luar. Pastinya ada penyelewengan yang kronik pada taman orkid ini. Isu PKFZ sudah didedahkan, taman orkid bila lagi? Sekecil-kecil tempat yang tak dikenali macam Serendah, masih ada bukti yang menunjukkan PENYELEWENGAN KUASA DAN RASUAH UMNO/BN. Begitulah busuknya UMNO/BN ini.

Di Kawasan serendah juga giat dijalankan aktiviti meratah bukit yang hijau ketika pemerintahan BN Khir Toyol dulu. Kawasan yang terlibat adalah Serendah, Sungai Gapi, antara Gapi dan Kuala Kubu Baharu. Kalau tak percaya, bawalah kereta menghala ke utara melalui jalan utama daerah itu, nampaklah banyak bukit yang tobek dan botak serta banyaklah projek terbengkalai bertahun-tahun. Di Kuala Kubu Baharu saja ada dua kawasan perumahan yang terbengkalai sejak 5 tahun dahulu. Ia kekal jadi monumen BN/UMNO.

Setelah bertahun-tahun duduk di daerah yang dicengkam dengan KEBODOHAN BN/UMNO, maka rakyat sudah meluat dan tolak BN pada pilihanraya umum baru-baru ini. G.Palanivel (BN), pulang menangis-nangis sebab kalah dengan PKR (Datuk Zainal). Kini, Datuk Zainal pula buat hal. Entahlah, aku dengar Datuk Zainal diserang strok (betul ka?) dan sukar untuk melakukan tugas-tugas wakil rakyat.

Hulu Selangor masih banyak yang harus diperbetulkan sejak pemerintahan Khir Toyol. Tapi bukan mudah untuk kerajaan Pakatan Rakyat hari ini laksanakannya kerana sudah bertahun-tahun saka BN/UMNO ini merosakkan Hulu Selangor.

Ingat tak anda pada kes PENYAPU Khir Toyol? Hadiah penyapu diberi kepada Yang diPertua Hulu Selangor kerana prestasi PBT tersebut merosot (gambar). Anak toyol tak sedar, bertahun dia jadi MB, satu habuk pun tak menguntungkan Selangor.



Eloklah anak Toyol yang dapat penyapu.

*****

Aku berasal dari Serendah. Masalah sosial di Serendah sangat teruk.